Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN) Malaysia telah menganjurkan Program Orientasi Pegawai Persekutuan Perkhidmatan Awam dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia pada 06 - 11 Mei 2014. Negeri Johor telah menjadi tuan rumah program tersebut dan Mukim Jementah telah terpilih sebagai lokasi untuk Program Keluarga Angkat bagi pegawai-pegawai kerajaan berkenaan yang terdiri daripada Kumpulan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dalam sektor awam.
Program gotong-royong adalah salah satu pengisian mereka di mana KRT Taman Harmoni, Kg. Sungai Siput telah diberi penghargaan untuk mengendalikannya. KRT telah memilih Masjid Jamek Kg. Sungai Siput untuk program gotong royong pada 09 Mei 2014 (Jumaat). Alhamdulillah... para peserta seramai 20 orang memberikan komitmen sepenuhnya dengan kerjasama pihak Majlis Daerah Segamat dan Jabatan Perkhidmatan Awam, Daerah Segamat.
|
Sebahagian peserta... suka dapat naik hi-lux Imam Hj. Md. Hussin... |
No comments:
Post a Comment